Drama Bica Cinta Lakonan Emma Maembong, Adi Putra

SINOPSIS BICARA CINTA

Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.

Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.

Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.

Drama adaptasi novel 'Bicara Cinta' karya Missa J akan menemui penonton di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Emma Maembong dan Adi Putra. Drama arahan Along Kamaludin. Disiarkan bermula 2 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

JUDUL : BICARA CINTA
EPISOD : 16 episod
TAYANGAN : 2 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam 
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : Primeworks Studios
PELAKON : Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Khaty Azian

WATAK PELAKON

Emma Maembong sebagai Anis Sofea
Adi Putra sebagai Adee
Azrel Ismail sebagai Saddiq
Beego sebagai Sarip
Balkisyh Semundur Khan sebagai Nomi
Syed Aiman sebagai Khalid
Khalida Balqis sebagai Kaira
Eizlan Yusof sebagai En Zainuddin

Comments