Drama Setiaku Di Sini Dilakonkan Oleh Risteena Munim, Fadlan Hazim

SINOPSIS SETIAKU DI SINI

Kerana Trauma, Aleesa meletakkan Rayyan dalam situasi yang sangat sukar. Rayyan dituduh mengambil kesempatan keatas Aleesa dan merogolnya ketika Aleesa dalam kesusahan.

Episod 1

Aleesa begitu berhati-hati dengan lelaki kerana dia sering berhadapan dengan kejadian keganasan lelaki terhadap wanita ketika mengendalikan kes kaunseling dan motivasi di syarikatnya. Walaupun Aleesa sering menerima bunga dari lelaki yang tidak dikenali, namun dia sedikitpun tidak teruja untuk mengenali siapa peminat misterinya itu. Badrul, merupakan satu-satunya lelaki yang dipercayai dan menjadi rakan kongsinya. Apabila tayar keretanya pancit di tengah jalan, Aleesa tidak membenarkan rakan serumahnya Anis meminta bantuan dari lelaki yang tidak dikenali. Dia menghubungi Badrul untuk membantu. Melihat Badrul untuk pertama kalinya membuatkan Anis terpesona dengan kekacakannya.

Drama bersiri 'Setiaku Di Sini' menemukan gandingan Fadlan Hazim dan Risteena Munim. Drama arahan Rusdi Ramli, terbitan A.Aida Production. Disiarkan mulai 3 April 2020, setiap Jumaat pukul 6 petang di Salam HD, saluran 113 Unifi TV

JUDUL : SETIAKU DI SINI
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 3 April 2020
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang 
SIARAN TV :  Salam HD, saluran 113 Unifi TV
PENULIS SKRIP : Azlina Din
PENGARAH : Rusdi Ramli
PRODUKSI : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Risteena Munim, Fadlan Hazim, Muaz Fitri, Khalida Balqis, Zack Kool, Aishah Atan, Dilla Ahmad, Puteri Ateeqah, Ainaa Azhari, Mahmud Ali Bashah, Azhar Amir, Ayu Azlina, Nada Nurshuhada, Effa Alhabsyee, Nur Natasha

WATAK PELAKON 

Risteena Munim sebagai Aleesa
Fadlan Hazim sebagai Rayyan
Muaz Fitri sebagai Badrul

Comments