“Gelak Pecah Perut habis malam ni Sepahtu Reunion… ini paling lawak…”

0 Comments
Sekian lama peminat meluahkan rasa rindu untuk menonton rancangan kumpulan pelawak terkenal iaitu Sepahtu yang berjudul Sepahtu Reunion Live 2020, akhirnya pada malam tadi warganet dapat melihat edisi puasa.

Seperti yang diketahui, memandangan situasi yang melanda negara, pihak rancangan Sepahtu Reunion telah menangguhkan untuk bersiaran bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Walau bagaimanapun, rancangan yang menampilkan gandingan empat anggota, Jep, Shuib, Rahim dan Ilya ini telah menayangkan episod pertama Sepahtu Reunion Al Puasa 2020 pada malam tadi dimana ianya sentiasa menemani penonton setiap Jumaat di Astro pada jam 9 malam.

Menerusi perkongsian di Instagram Zon Lawak, ternyata episod malam tadi berjaya membuatkan mereka terhibur seperti biasa malah dikatakan juga ia episod paling lawak.

Pada episod kali ini turut menampilkan pelawak terkenal, Man Raja Lawak bersama artis jemputan iaitu pelakon Afifah Nasir dan Diana Rafar.


Difahamkan, sebelum ini bahawa rancangan Sepahtu Reunion Al Puasa 2020 bagi episod berkenaan merupakan rakaman. Pun begitu, melihatkan perkongsian di Instagram ini, pelbagai reaksi positif penonton yang akui gelak besar apabila menyaksikan gelagat selebriti-selebriti berkenaan.
Sumber: Zon Lawak, Man Raja Lawak

Leave a Reply

Popular posts

 
flm4u © 2011 Bsyokv2 & BSYOKV2. Supported by DMACA COPY RIGHT|Visit Syoknye Layan at Ping.sg

You can add link or short description here

Follow my blog with Bloglovin