Hampir 2 juta views Syatilla & Sam ‘tour’ rumah,disangka riak rupanya kelakar habis!

Pasangan popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin juga merupakan antara selebriti yang turut mempunyai laman YouTube mereka yang diberi nama, SamTilla TV.

Ternyata, mereka juga memiliki ramai subscriber dimana kini telah mencecah 262 ribu yang rata-ratanya akui seronok melihat gelagat keluarga selebriti ini. Apatah lagi, sikap sempoi Syatilla Melvin mahupun Shaheizy Sam yang cukup sempoi membuatkan warganet bertambah menyukai mereka.

Terbaru, perkongsian video dilaman Instagram Syatilla Melvin dimana dia dan Shaheizy Sam menunaikan janji untuk membawa peminat tour rumah mereka mencuri tumpuan ramai.

Meskipun belum siap, pasangan ini menepati janji mereka dan berkongsikan keadaan dan bahagian rumah yang dihias mereka sendiri.

“Walaupun belum siap sepenuhnya tapi janji tetap janji!!! Nak tunggu siap mungkin lambat lagi, so kami tunjuk apa yang ada je ok?…” ujarnya disamping memberitahu bahawa video penuh boleh dilihat menerusi laman YouTube mereka.
Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian peminat dan followers pasangan ini apabila rata-rata mereka memuji sikap mereka yang sempoi dan sporting.

Manakan tidak, lihat saja gelagat pasangan ini yang turut diselitkan dengan lawak spontan mereka yang membuatkan ramai terhibur dan dalam pada masa yang sama, netizen memuji sikap Sam yang dikatakan seorang yang tidak sombong.

Sumber: INSTAGRAM SYATILLA MELVIN ,YOUTUBE

Comments