Ibu Makeover Anak Gara-Gara Bosan..

Dilanda virus yang sedang menular kini, hampir seluruh negara di serata dunia pada awalnya melaksanakan kuarantin rakyat mereka supaya ia tidak terus menjangkiti orang ramai. Disebabkan itu orang ramai tidak boleh keluar pergi kerja, ke sekolah dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Mungkin ramai yang faham dengan rasa bosan kerana terlalu duduk lama di rumah dan mula mencari idea untuk menghiburkan diri ketika tempoh tersebut. Sama seperti wanita ini yang mana menjadikan anaknya sebagai ‘mangsa’ makeover darinya. Ini semua gara-gara bosan, ibu makeover anak dengan cara kreatif mereka sendiri.


Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila hasil ibu makeover anak yang dilakukan itu sukar untuk diungkap oleh kata-kata. Wanita dari Oregon, Amerika Syarikat bernama Morgan, 28 ini menghasilkan ujikaji solekan di bahagian kening anaknya.

“Saya pernah lihat sesuatu yang hampir sama beberapa tahun lalu dan hanya mencuba. Mana tahu ia akan kelihatan kelakar apabila dipadankan dengan ekspresi muka anak saya!” ujar wanita ini.

Malah hasil dari sesi makeover itu juga turut dimuat naik di TikTok dan menjadi perhatian ramai. Selepas video pertama yang dikongsikannya meraih lebih satu juta tontonan dan 87 ribu likes, Morgan membuat video dengan melukis gaya kening berbeza pada anaknya itu. Menurut Morgan lagi, agak janggal apabila melihat video anaknya itu di serata media sosial.

Sumber: MirrorUk

Comments