Jawab Formula Fizik Nenek Lagi Bijak

Pelajar jurusan sains pasti tahu cabaran mempelajari cabang-cabang sains yang berbeza-beza seperti fizik, biologi, dan kimia dalam pada masa yang sama dan terpaksa menghafal berpuluh formula-formula rumit.

Jika zaman dahulu setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk menghafal formula yang bakal digunakan dalam peperiksaan, kini dengan kecanggihan teknologi dan media sosial terdapat pelbagai aplikasi yang dapat membantu pelajar menghafal.

Seperti contoh, sebuah filter formula dari Tiktok ini menguji ingatan pelajar dengan memaparkan formula tertentu dan memberikan pengguna masa untuk menjawab, sebelum mendedahkan jawapannya.

Dengan cara ini pelajar lebih mudah untuk mengingati formula yang perlu digunakan untuk menyelesaikan soalan tertentu.

Dalam video yang tular di Twitter pula, seorang gadis menyuruh neneknya menggunakan filter untuk formula fizik.

Formula pertama yang muncul pada skrin menunjukkan formula I = Σ miri2. Walaupun tidak dapat melihat dengan jelas nenek itu menjawab dengan betul formula tersebut adalah untuk momen inersia.




 Untuk formula P= F/A dan ½mv² juga dijawab dengan betul sebagai formula tekanan dan tenaga kinetik membuat cucunya kagum.

Rata-rata netizen memuji nenek itu dan mengaku rasa tergugat dengan pengetahuan warga emas berkenaan. Sementara itu ada yang tertanya-tanya bagaimana dia boleh mengingati formula rumit sebegitu hingga ke tua sedangkan ramai pelajar yang terus lupa selepas habis sekolah.

Nenek dari Indonesia itu bukanlah satu-satunya yang membuat orang muda kagum, nenek dari Jepun di bawah ini juga lebih handal dalam permainan video dari kebanyakkan gamer muda.

Comments