Nakal Si Cucu Sakat Nenek Melatah Tak Berhenti Gara-Gara Mercun

Menyambut perayaan Aidilfitri seakan tidak lengkap tanpa bermain mercun atau bunga api. Tradisi orang Melayu yang cukup sinonim dengan hari raya ini juga turut dikaitkan dengan malam 7 likur. Malam 7 likur adalah 7 malam terakhir Ramadan yang kebiasaannya halaman rumah dihiasi dengan pelita yang cukup meriah.

Biarpun raya tahun ini dalam suasana sederhana gara-gara Covid-19 yang masih menular, namun raya tetap raya! Pastinya ramai yang mencari inisiatif sendiri untuk memeriahkan suasana hari raya di rumah masing-masing.

Baru-baru ini tular di media sosial dengan satu video yang memaparkan seorang nenek melatah tak berhenti gara-gara bunyi mercun. Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki sedang bermain mercun dan seorang lagi wanita yang agak berusia. Kedengaran wanita itu melatah tidak henti-henti.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter Darwish:


 Bukan main meriah nenek dia melatah. Tak berhenti! Tapi jangan risau ya, nenek ini baik-baik sahaja. Malah menurut pemilik video ini juga dia tidak berniat untuk buat neneknya melatah.

Video yang dikongsikan itu telah meraih lebih 167 ribu tontonan dan 8,400 retweets serta 15,600 likes.

Sumber:Darwish

Comments