Ramai Terhibur Pelajar Tahfiz Cuba Buat TikTok Untuk Hari Raya

Tidak dapat dinafikan TikTok adalah sebahagian daripada gaya hidup generasi zaman sekarang. Tidak kira muda atau tua, yang duduk di bandar mahupun luar bandar semua terdedah dengan pengaruh aplikasi itu.

Terdapat banyak sebab TikTok menjadi sangat terkenal dan lebih banyak digunakan dari Youtube, Instagram dan Twitter.

Salah satunya adalah kerana platform berbentuk video pendek yang mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik seperti filter dan audio yang membolehkan pengguna menghasilkan video-video kreatif, dari lipsync, hingga ke sketsa lucu dan cabaran internet.

Selain itu ada juga golongan yang menggunakan TikTok kerana terjebak dengan rakan-rakan dan takut ketinggalan dalam budaya popular.



 Dalam video yang dikongsikan di Twitter, pelajar-pelajar itu dilihat sedang memerhati kamera dengan wajah keliru dan segan sementara lagu raya dimainkan.

Jika seseorang itu biasa bermain TikTok pasti mereka secara automatik akan bermiming atau bergaya dengan filter yang sesuai, namun pelajar-pelajar tahfiz itu kelihatan tertanya-tanya apa yang patut mereka lakukan.

Gelagat remaja-remaja lelaki itu membuat netizen terhibur dan cair, tidak kurang ada juga yang menghasilkan meme dari reaksi lucu mereka.




Lebih menarik, pelajar-pelajar itu akhirnya berjaya memikirkan idea untuk video TikTok hari raya mereka, yang menunjukkan mereka saling bersalaman dan bermaafan.



Sumber: Twitter 

Comments