Sesuai gayakan dihari raya…Tutorial tudung2 Datin Shahida curi tumpuan ramai,

0 Comments
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan isteri kepada usahawan kosmetik, Datin Nur Shahida yang kini bahagia bersama suami, Datuk Aliff Syukri dan enam cahaya matanya.

Buat yang mengenalinya juga, pasti pernah melihat wajah Datin Shahida ini menerusi satu iklan yang menjadi fenomena iaitu iklan syampu Sunsilk yang membuatkan ramai senang hati mengikuti perkembangannya.

Apatah lagi, menerusi Instagram juga Datin Shahida tidak lokek berkongsi kata-kata positif sekali gus menjadi inspirasi buat orang ramai. Menerusi laman sosial miliknya itu juga, ternyata sehingga kini telah mempunyai 2.3 juta followers.


Apa yang menarik dalam perkongsian usahawan terkenal ini juga, dia turut berkongsikan beberapa tutorial tudung miliknya yang membuatkan orang ramai dapat mengikuti caranya memakai tudung dengan pelbagai gaya.

Dalam pada masa yang sama, warganet juga suka melihat cara pemakaian tudung Datin Shahida yang kelihatan sopan dan sentiasa menarik perhatian.

Pun begitu, ternyata perkongsiannya ini juga membuatkan warganet dapat menggunakan cara yang dikongsikan itu untuk kelihatan bergaya di hari raya.


Suber: DATIN SHAHIDA

Leave a Reply

Popular posts

 
flm4u © 2011 Bsyokv2 & BSYOKV2. Supported by DMACA COPY RIGHT|Visit Syoknye Layan at Ping.sg

You can add link or short description here

Follow my blog with Bloglovin