‘Wipe It Down’ Sweet Qismina sahut cabaran dengan kekasih cuit hati ramai

Kini pelbagai cabaran yang berasal dari aplikasi popular, TikTok menjadi trend dan ramai yang cuba menyahut cabaran tersebut dengan menggunakan kreativiti masing-masing.

Terbaru juga, cabaran yang mula hangat dilakukan oleh orang ramai dipanggil sebagai ‘Wipe It Down Challenge’ pula membanjiri media sosial apabila ianya turut dikongsikan kepada orang ramai.

Cabaran berkenaan sebenarnya seseorang itu perlu memaparkan dirinya berdiri dihadapan cermin dan membersihkan cermin disamping kamera pula merakam refleksi diri mereka.

Manakala, setelah cermin itu dilapkan oleh individu tersebut dengan menggunakan kain maka ia menunjukkan satu penampilan yang berbeza iaitu berubah kemudian dilapkan lagi akan berubah sekelip mata lagi kembali kepada penampilan yang asal.

Selebriti terkenal, Sweet Qismina juga berkesempatan untuk melakukan cabaran itu lalu berkongsikan dilaman Instagram miliknya yang mencuri tumpuan peminat dan followers.

Lari daripada kebiasaan, Sweet Qismina dilihat melakukan cabaran ‘Wipe It Down’ berkenaan bersama kekasihnya, Adam Lee sehingga video yang dikongsikan ini meraih ribuan tontonan dalam masa yang sekejap dan menerima lebih 50 ribu tanda suka.


Sumber: INSTAGRAM SWEET QISMINA

Comments